TILAM VONO UNTUK PENJAGAAN TULANG BELAKANG
Ahli Korporat Backcare, The National Organisation For Healthy Backs, UK
Sebagai ahli korporat ‘Backcare, The National Organization For Healthy Backs, United Kingdom’, Vono menerima informasi berkala daripada persatuan profesional ini untuk menghasilkan produk yang meyediakan kualiti sokongan postur badan yang diperlukan, termasuk kedudukan belakang yang betul supaya memberi kesan tidur yang sihat.
Fabrik Benang Buluh Anti-Bakteria
Buluh mempunyai sifat kekal anti-bakteria semulajadi. Ia menawarkan 1.5 kali lebih tinggi penyerapan lembapan berbanding dengan kapas. Fabrik buluh mempunyai kelembutan, kedinginan yang boleh dirasai dan berkilauan seperti sutera, semulajadi dan ianya begitu mesra alam sekitar. Benang buluh yang dianyam atau dikait menghasilkan tekstil yang membenarkan pengaliran udara dan lembapan, kawalan lembapan yang cemerlang ini memastikan anda berasa selesa dan segar apabila tidur di atasnya.
Pegimbangan Sisi
Besi bar pemulas berketegangan tinggi diletakkan di sekitar pinggir tilam untuk menguatkan keseluruhan sokongan sisi, dan meluaskan lagi kawasan tidur.
Rawatan Anti-Kutu Hama
Fabrik tilam Vono telah dirawat secara khusus untuk perlindungan terhadap serangga kutu hama. Ia mengurangkan alergi, dengan demikian membantu meminimakan risiko asma, ekzema dan rinitis. Ia juga meningkatkan mutu kebersihan dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Fabrik ini diimport dan adalah kualiti, contohnya seperti Jacquard Damask.