E-Warranty

Kepada para pelanggan,

Terima kasih kerana memilih Vono. Tahniah! Anda telah membuat keputusan yang bijak dan pelaburan yang kukuh dengan memilih tilam Vono baru.

Sebuah tilam yang baru adalah umpama sepasang kasut yang baru, dimana ada tempoh waktu untuk membiasakan diri antara satu sama lain. Badan anda akan mengambil beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan postur tidur yang akan diperolehi dengan Sistem Spring Intalok Vono. Ini adalah sesuatu yang biasa di mana Sistem Spring Intalok Vono akan memberi sokongan badan dengan cara yang paling selesa, sihat dan mengikut anatomi. Anda akan mendapat tidur yang lebih nyenyak dan lebih lena.

Tiada yang perlu diperkatakan lagi, reputasi Vono terhadap keselesaan dan ketahanannya akan membuat anda berpuas hati dari setahun ke tahun yang berikutnya. Sebagai tambahan kepada 15-tahun jaminan untuk setiap tilam Vono anda, (melainkan kepala katil, dipan dan katil hanya diberi 2-tahun jaminan), kami juga menyediakan tip-tip untuk memastikan katil Vono dalam keadaan yang optima untuk keselesaan anda.

Semoga anda tidur lena dengan Vono.

Borang E-Warranty

Rujuk nombor siri pada kad warranty anda.